Aku ada hobi yang cambest iaitu memandu kereta. Selain dari boleh melayan radio dan menyejukkan badan dengan hawa dingin yang segar, seringkali aku manfaatkan masa memandu santai aku dengan
melihat cikaro tepi jalan membiarkan otak aku menerawang sambil layan perasaan. Petang tadi lepas balik dari menyiram pokok-pokok, minda membuka satu persoalan penting dalam kehidupan yang kita lalui. Ia begitu ligat sehingga aku rasakan elok aku hurai dalam entry blog aku.
Seringkali kita mendengar ungkapan "Doa itu senjata mukmin". Doa merupakan permintaan. Senjata adalah alat dalam melakukan serangan. Manakala mukmin pula terdiri dari mereka yang bertakwa kepada Allah. Ok kita tengok satu per satu.
Kita mulakan dengan mukmin itu sendiri. Pangkat mukmin lebih tinggi dari muslim kerana menjadi orang Islam belum tentu menjadi orang bertakwa tetapi jika menjadi orang yang bertakwa sudah tentu Islamnya. Umum melalui pembacaan dan pengajian dapat mengetahui kaedah dan tatacara untuk meningkatkan diri supaya menjadi mukmin sejati tetapi tidak ramai yang layak dipakaikan pangkat tersebut selagi di dalam dirinya masih terdapat ragu-ragu dalam mempercayai kebenaran terhadap rukun yang telah ditetapkan.
Contohnya, aku yakin jika ditanya kepada individu muslim berkenaan bilangan rukun Iman sudah tentu masing-masing dapat memberikan jawapan yang tepat iaitu 6 rukun:-
- Percaya kepada Allah
- Percaya kepada Malaikat
- Percaya kepada Kitab-kitab
- Percaya kepada Nabi dan Rasul
- Percaya kepada Hari Kiamat
- Percaya kepada Qada dan Qadar
Perfect! Kalau ditanya kepada budak tingkatan PMR sekalipun boleh dihurai setiap satu itu dengan pembahagian malaikat yang wajib diketahui, nabi-nabi dan sebagainya. Pendidikan Islam pun boleh dapat A1 dengan jawapan selengkap itu kerana perkara ini tidaklah susah. Hanya perlu dihafal seperti apa yang sudah dicetak di dalam buku teks dan rujukan.
Masalahnya, iman bukanlah sekacang itu... Ustazah Mesir sekalipun belum tentu cukup imannya kerana iman memerlukan pemahaman bukannya penghafalan, dan setiap yang difahami perlukan penghayatan. Barulah timbulnya kepercayaan..Kenapa aku kata macam tu? Ok kita buka sikit bab kepercayaan paling bawah dalam senarai rukun iman iaitu percaya kepada qada dan qadar. Fahami betul-betul qada dan qadar itu. Ianya adalah ketentuan dari Allah Taala terhadap makhlukNya. Orait kita tengok contoh dalam satu situasi.
Seorang ibu baru sahaja kehilangan anak tunggalnya yang meninggal akibat radang paru-paru. Anak yang comel itu meninggal dunia dalam usia yang masih muda. Di saat kematian si kecil itu ibunya sempat berkata "Ibu redha pemergianmu" tetapi seminit kemudian dia histeria tidak sedarkan diri. Di sini tidak ada kesamaan antara kata dari lidah dengan kata dari hati. Hati si ibu tetap tidak merestui pemergian anaknya itu.
Ok kita tengok satu lagi contoh..Seronok pula malam ni bagi contoh banyak-banyak. Hehe..
Semua orang tahu yang memberi lebih baik dari yang menerima. Tengah sedap makan sarapan pagi dengan kawan-kawan datang seorang pakcik meminta sedekah. Terjadilah perbualan antara pakcik tu dengan Lindsay Lohan (bukan nama sebenar) yang baru sesuap dua menelan nasi lemak.
Pakcik : Minta sedekah nak..
Lilo : Takda duit la pakcik.
Pakcik : Pakcik dah dua hari tak makan nak..
Lilo : Saya betul-betul takda duit ni pakcik. Pakcik try mintak kat orang lain..
Pakcik : Baiklah.
Hati Lilo: Selamat duit aku. Petang nanti dah set dengan Paris Hilton (pun bukan nama sebenar) nak cari barang dalam kedai Victoria Secret. Muahaha.
See? Mulut lain hati lain kan? Orang mukmin tak macam ni la...Hee..